05 July 2012

Projek Telah Bermula



Salam Sejahtera,
Projek telah bermula begitulah bunyi tajuk posting ini. TEAM telah mulakan pembersihan kawasan tanaman baru. Target start tanam dalam bulan Ogos. Agak sibuk TEAM sekarang. Hari esok TEAM sertai MINI MAHA di chini. Tabik la kepada TEAM. Saya rasa terpendam dihati mereka nak pastikan projek ini berjaya. Dan saya yakin TEAM akan berjaya.
Kekadang bila kita dah buat semua benda ini baru kita rasa jerihnya jadi petani. Tapi kekadang peristiwa yang kita alami membuatkan kita tersenyum sendirian bila dikenang-kenang. Kaki kram, Kasut tenggelam dalam lumpur, seluar koyak menyeberang parit, dan bermacam-macam lagi perkara yang kelakar bila difikirkan. Tapi terus terang saya katakan saya seronok didalam penat mengusahakan projek ini.
Saya seronok bila melihat anak bangsa berusaha sehabis baik untuk memartabatkan usaha anak bangsa. Bangsa kita banyak tercicir termasuk bidang pertanian. Kerana pertanian komersil memang susah dan menjerihkan. Untung tak seberapa dan tak pasti 100% kerana pertanian melibatkan banyak faktor diluar kawalan pengusaha. Wallahhuallam.

No comments:

Post a Comment