13 November 2010

LAWATAN KDYTM SULTAN PAHANG

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.Pada 10 November 2010 , Team Manager Ladang telah buat operasi Jualan Promosi Nenas kat Pasar Tani Pekan. Untuk penghantaran pertama Encik Hazman bawa 100 biji aje untuk test market. Dalam masa 20 minit je abis. Alhamdulillah. Kebetulan Big Boss ada kat ladang buat lawatan terus hantar second delivery apabila dimaklumkan larisnya jualan promosi.
Sedang kita menurunkan buah untuk jualan round two ditakdirkan allah, KDYTM Sultan Pahang (Daulat Tuanku) telah singgah sebentar untuk buat lawatan. Big Bos syukur dapat berbicara selama 15 minit untuk maklumkan pasal projek kita.Alhamdulillah , Tuanku gembira dan memberi kata semangat serta akan membantu untuk sehingga membawa buah kita ke London. Daulat Tuanku. Insyaallah kita akan berusaha agar produk kita berdaya nilai untuk KDYTM Sultan Pahang mencemar duli mempromosikannya hingga ke London. Insyaallah weh. Orang Pekan pun boleh buat weh.Daulat Tuanku. Big Boss kelihatan memberikan taklimat kepada Tuanku. Dalam hati jangan ceritalah berdegup-degap.

4 comments:

  1. cik sue umph4:43:00 PM

    cayok! berminat tak nk letak nenas kat pasar keramat?? kena antar la weh...diorg xamik. harga leh runding. Pendapat letak buah yg di rejek kerana leh tolak murah, dari kita semua makan free sampai nk terbuntang biji mata.... Sbb kwn tgk buah nya elok cuma butang baju jer xcukup..(Kira mcm baju branded yg ader kat rejek shop la...)

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:00:00 PM

    dah laris kat london..anto kat ireland lak..
    teman kat sini kempunan..
    ~selamat maju jaya~

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:18:00 PM

    haha.. future doktor kena wat lab research on pH level and bahan pengawet sebab future plan nak buat sos..
    ~semoga Allah bersama2 dlm perjuangan kita semua~

    ReplyDelete
  4. Hi endi.. How r u? For ages kita x jumpa.. Aiza tumpang happy with ur achievements. congratz dato. Hope to see u :)

    ReplyDelete