05 July 2012

Projek Telah Bermula



Salam Sejahtera,
Projek telah bermula begitulah bunyi tajuk posting ini. TEAM telah mulakan pembersihan kawasan tanaman baru. Target start tanam dalam bulan Ogos. Agak sibuk TEAM sekarang. Hari esok TEAM sertai MINI MAHA di chini. Tabik la kepada TEAM. Saya rasa terpendam dihati mereka nak pastikan projek ini berjaya. Dan saya yakin TEAM akan berjaya.
Kekadang bila kita dah buat semua benda ini baru kita rasa jerihnya jadi petani. Tapi kekadang peristiwa yang kita alami membuatkan kita tersenyum sendirian bila dikenang-kenang. Kaki kram, Kasut tenggelam dalam lumpur, seluar koyak menyeberang parit, dan bermacam-macam lagi perkara yang kelakar bila difikirkan. Tapi terus terang saya katakan saya seronok didalam penat mengusahakan projek ini.
Saya seronok bila melihat anak bangsa berusaha sehabis baik untuk memartabatkan usaha anak bangsa. Bangsa kita banyak tercicir termasuk bidang pertanian. Kerana pertanian komersil memang susah dan menjerihkan. Untung tak seberapa dan tak pasti 100% kerana pertanian melibatkan banyak faktor diluar kawalan pengusaha. Wallahhuallam.

TAHNIAH DIATAS PERSIJILAN SALM

Salam Syaaban untuk semua,
Tak lama lagi insyallah kita akan menyambut Ramadhan dan Syawal. Pejam celik dah nak masuk setahun. Posting hari ini adalah untuk mengisytiharkan dan memanjangkan ucapan tahniah kepada TEAM diatas kejayaan memperolehi sijil SALM. Lama giler nak dapat tapi bak kata pepatah mengengam bara biar sampai jadi arang.
Sijil ini saya harapkan akan dapat meyakinkan pihak-pihak yang ragu dengan TEAM agar celik mata bahawa kesabaran, kegigihan, keyakinan dan kebergantungan kepada yang esa akan dimakbulkan kejayaan manis ini. Saya amat-amat terharu dengan bantuan semua pihak yang melihat kesungguhan TEAM untuk merealisasikan impian kami.


Sekali lagi ucapan tahniah kepada Puan Aidil, Cik Mai, Puan Rosnah, Encik Hadi, Encik Adee, Encik Shaiful dan En Fairuz yang bersama-sama saya melakarkan arah tuju perjuangan ini. Insyaallah kita berjaya.

21 May 2012

KOMPLEKS PEKAN PINA

Assalammualaikum wbt kepada semua bloggers,
Alhamdulillah kita telah masuk tahun ke 3 operasi. Perjuangan masih diteruskan. Sekarang TEAM tengah prepare untuk perlaksanaan Pembangunan Kompleks Pekan Pina. Slow and steady. Kerja penyediaan tapak tengah berjalan. Insyaallah akan siap tak berapa lama lagi. Susah beb nak jadi usahawan pertanian Melayu ni. Tapi usaha tetap usaha. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak terlibat membantu TEAM untuk merealisasikan Pembangunan ini.
Kita unjurkan pengeluaran yang optimum dengan mengaplikasikan pengetahuan dan penyelidikan dari pengalaman lampau.Letih memang letih tapi Melayu mesti berjuang dan tidak hanya menang sorak kampung tergadai. Saya mohon doa dan jasa baik penyokong kami agar usaha ini akan termakbul. Wassalam.