13 November 2010

LAWATAN KDYTM SULTAN PAHANG

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.Pada 10 November 2010 , Team Manager Ladang telah buat operasi Jualan Promosi Nenas kat Pasar Tani Pekan. Untuk penghantaran pertama Encik Hazman bawa 100 biji aje untuk test market. Dalam masa 20 minit je abis. Alhamdulillah. Kebetulan Big Boss ada kat ladang buat lawatan terus hantar second delivery apabila dimaklumkan larisnya jualan promosi.
Sedang kita menurunkan buah untuk jualan round two ditakdirkan allah, KDYTM Sultan Pahang (Daulat Tuanku) telah singgah sebentar untuk buat lawatan. Big Bos syukur dapat berbicara selama 15 minit untuk maklumkan pasal projek kita.Alhamdulillah , Tuanku gembira dan memberi kata semangat serta akan membantu untuk sehingga membawa buah kita ke London. Daulat Tuanku. Insyaallah kita akan berusaha agar produk kita berdaya nilai untuk KDYTM Sultan Pahang mencemar duli mempromosikannya hingga ke London. Insyaallah weh. Orang Pekan pun boleh buat weh.Daulat Tuanku. Big Boss kelihatan memberikan taklimat kepada Tuanku. Dalam hati jangan ceritalah berdegup-degap.

27 October 2010

MAHA 2010....mari weh kita berkampung

Salam ahli jemaah semua, mari weh kita berkampung ke kuala lumpur sempena MAHA 2010. Penginapan pandai-pandai sendiri tapi kondo kat wangsa maju ada untuk tempat lepak.Program ini adalah selama 10 hari.Sila berhubung dengan Pengurus Besar, Puan Nurul Aidil 0129665871 untuk maklumat selanjutnya. Kita akan mempamerkan dan menjual buah nenas N36,MD2 ,kuih tart nenas, jam nenas dan jus nenas kita.Datanglah beramai-ramai memberi sokongan padu kepada kami. Datang posing cantik je pun pening gak.Tapi Boss terasa sedih gak kalau kita berjaya di MAHA 2010 ini nanti ,insyaallah, kerana Boss masih ingat masa MAHA pertama Boss pergi dengan allahyarham Mohd Nazrin (RAJA).-Al-Fatihah-.Mungkin dia melihat kita disebelah sana dan tersenyum gembira as always.
Semoga kita berjaya dan terus berjaya dan diberkati allah.

26 October 2010

Buah Nenas Untuk Di Jual Dari Ladang

Salam ahli jemaah semua.Semoga sihat dan diberkati allah sentiasa. Alhamdulillah buah nenas N36 kita akan mula dituai bulan ini insyaallah. Inilah rezeki allah setelah menempuh suka duka, trauma dan dugaan menjayakan usaha.Insyaallah buah nenas kita akan dieksport ke Arab Saudi. Malaysia Boleh, Pekan Pine Planters Boleh.Kepada ahli jemaah tolong-tolong sampaikan berita ladang kita kepada pemborong-pemborong buah. Buah kita dah boleh jual. Tolong-tolong cari market jangan asyik berbahas je lebih. Kalau ahli jemaah sendiri tak berkerja keras membantu macammana kita nak maju.Sila berhubung dengan Encik Hazman 0129897375 untuk urusan jualan

23 June 2010

FLYING ABOVE PEKAN PINE PLANTERS AT 29000 FEET

I was flying over our planters at 1:00 pm today on an airbus 330. Alhamdulillah the weather was very clear so i was able to shoot some pic. Our planters nampak kecik n halus. Maybe next time i could fly our own aircraft and fly at lower altitude so the pic can show our actual planters.
Things got a little bit tough at our planters today coz all the indon workers that just arrive last week sudah kabur a.k.a sudah cabut lari.
Management team pening kepala but that is part n parcel of business. Dealing with people is the hardest part of doing bisnes. Our Pineapple is doing fine n insyaallah could b harvest in August.
Congrats to team pengarah rusa coz telah menyimen depan ofis. They have put an effort n kudos is due to them. I wasn't there but the manage to complete in time. Anyway if any of u guys yang ada contact orang nak jual rusa in big kuantiti, do informed us coz kitaorang nak beli.

24 May 2010

Pintu Pagar Ladang

Inilah pintu pagar ladang setelah tiga tahun operasi baru ada pintu pagar.Kuang..kuang...kuang. Time is tough at the moment but alhamdulillah staff ladang masih bersemangat nak usahakan projek ini hingga berjaya.Insyaallah kalau ada rezeki kita semua pihak pengurusan akan usahakan untuk membina landasan kapal terbang kat ladang kita. Biar kecoh satu pekan kita ada kapal terbang nanti weh.
Tanaman nenas alhamdulilah akan keluar hasil seawal akhir bulan jun. Tak sabo pakcik rasanya sebab dah naik pening dah melayan operator bank minta hutang. Kuang..kuang..kuang. Tapi pakcik tetap tabah dan yakin usaha ini akan berjaya. Insyaallah.