17 September 2013

Tour of Dole Plantation Hawaii



Salam Hari Malaysia,

Satu pengalaman yang mengujakan apabila menjejakkan kaki ke Ladang Dole di Hawaii. Melihatkan ladang nenas seluas jauh mata memandang membuatkan rasa rendah diri terhadap keupayaan Dole sebagai pelopor dan pemacu industri pertanian dunia.
Cuaca yang amat baik sewaktu lawatan memberi peluang kepada saya menikmati pengalaman tersebut. Penerangan serta bahan pameran banyak mendedahkan saya kepada sejarah Dole itu sendiri. Tidak melepaskan peluang melihat kepada rumah singgah Dole yang di belakang saya itu terdapat banyak bahan kenangan, kedai makan dan bermacam lagi. Memang best.
Saya amat berharap dan berdoa agar Pekan Pina Plantation akan mempunyai satu produk agro-pelancongan seperti ini. Insyaallah.


06 September 2013


Salam Aidilfitri & Salam Merdeka untuk semua, alhamdulillah setelah melihat gambar terkini rasa lega sikit. Jangkaan pengeluaran hasil insyaallah pada akhir Januari 2014. Team Ladang diketuai oleh Tuan Saiful telah bekerja keras dan tekun memastikan pengurusan ladang yang cekap. Pengeluaran dipastikan pada hujung berterusan hingga Tahun Baru Cina.

Kalau nak booking buah kena buat tempahan sekarang kerana bekalan amat terhad.



25 January 2013

Penanaman Anak Benih MD2

Salam Bloggers,

Alhamdulillah program penanaman anak benih MD2 telah bermula di Kompleks Pekan Pina. Musim hujan memperlahankan program kerana kesukaran bergerak akibat permukaan tanah yang lecak. Keseluruhan kompleks mengambil masa setahun untuk selesai program penanaman kerana kesukaran mendapatkan anak benih berkualiti dan modal. Insyaallah hujung tahun 2013 akan bermula proses penghasilan buah pada plot 1. Tahniah saya ucapkan kepada Team Jentera dan Team Ladang kerana bertungkus lumus membuat penyediaaan tapak tanaman walaupun sukar berkerja didalam kawasan paya gambut.
Nanti pokok nenas dah berbunga kita nak jemput bloggers datang melawat Kompleks Pekan Pina kerana bunga nenas MD2 memang cantik dan salah satu produk pelancongan yang akan kami ketengahkan.
Sekali lagi, Selamat berjuang, Insyaallah berjaya dan diberkati allah.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.