27 October 2010

MAHA 2010....mari weh kita berkampung

Salam ahli jemaah semua, mari weh kita berkampung ke kuala lumpur sempena MAHA 2010. Penginapan pandai-pandai sendiri tapi kondo kat wangsa maju ada untuk tempat lepak.Program ini adalah selama 10 hari.Sila berhubung dengan Pengurus Besar, Puan Nurul Aidil 0129665871 untuk maklumat selanjutnya. Kita akan mempamerkan dan menjual buah nenas N36,MD2 ,kuih tart nenas, jam nenas dan jus nenas kita.Datanglah beramai-ramai memberi sokongan padu kepada kami. Datang posing cantik je pun pening gak.Tapi Boss terasa sedih gak kalau kita berjaya di MAHA 2010 ini nanti ,insyaallah, kerana Boss masih ingat masa MAHA pertama Boss pergi dengan allahyarham Mohd Nazrin (RAJA).-Al-Fatihah-.Mungkin dia melihat kita disebelah sana dan tersenyum gembira as always.
Semoga kita berjaya dan terus berjaya dan diberkati allah.

26 October 2010

Buah Nenas Untuk Di Jual Dari Ladang

Salam ahli jemaah semua.Semoga sihat dan diberkati allah sentiasa. Alhamdulillah buah nenas N36 kita akan mula dituai bulan ini insyaallah. Inilah rezeki allah setelah menempuh suka duka, trauma dan dugaan menjayakan usaha.Insyaallah buah nenas kita akan dieksport ke Arab Saudi. Malaysia Boleh, Pekan Pine Planters Boleh.Kepada ahli jemaah tolong-tolong sampaikan berita ladang kita kepada pemborong-pemborong buah. Buah kita dah boleh jual. Tolong-tolong cari market jangan asyik berbahas je lebih. Kalau ahli jemaah sendiri tak berkerja keras membantu macammana kita nak maju.Sila berhubung dengan Encik Hazman 0129897375 untuk urusan jualan